Sunday 10 August 2014

JENIS-JENIS HUBUNGAN (RELATIONSHIP) DALAM MS ACCESS

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Hari ini bermula hari persekolahan di seluruh KV di Malaysia, setelah bercuti selama 2minggu kerana meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa. Setelah perhimpunan tamat, maka bermulalah sesi pelajran untuk KPD204. Dan oleh sebab Hari ini juga saya mahu menerangkan tentang jenis-jenis hubungan iaitu relationship dalam MS ACCESS.

1)Satu-ke-satu (one-to-one)
Dalam satu-ke-satu , setiap rekod dalam satu jadual mempunyai sekurang-kurangnya satu rekod berkatan dalam jadual yang lain. Setiap rekod di dalam jadual A hanya boleh mempunyai satu rekod yang sama sepadan dalam jadual B, dan setiap rekod dalam jadual B hanya boleh mempunyai satu rekod yang hampir sama dengan jadual A.

2)Satu-ke-banyak (one-to-many)
 Hubungan satu- ke -banyak (one-to-many) ialah  jenis hubungan yang biasa. Dalam hubungan ini, satu rekod dalam data jadual A boleh mepunyai rekod yang sama banyak atau dihubungkan dengan lebih dari satu rekod data  dengan rekod dalam jadual B, tapi rekod di dalam jadual B Cuma ada satu rekod yang hampir sama dalam jadual A.

3)Banyak-ke-banyak (many-to-many)

Lebih dari saru rekod data dalam jadual A dihubungkan dengan lebih dari satu rekod data pada jadual B. Rekod di dalam jadual B boleh mempunyai rekod yang hampir  sama banyak dalam jadual A.  Hubungan jenis ini cuma boleh dilakukan dengan menentukan jadual  C  iaitu jadual ketiga- (dipanggil jadual persimpangan). Hubungan jenis ini bermakna untuk setiap rekod dalam satu jadual.

No comments:

Post a Comment