Wednesday, 27 August 2014

Ciri-Ciri Setiap Hubungan


Entiti ialah kumpulan objek yang mempunyai ciri-ciri yang sama yang wujud dalam suatu persekitaran, boleh dikenal pasti dengan jelas dan berbeza dengan objek-objek lain


CIRI-CIRI HUBUNGAN SATU KE SATU
- Satu ENTITI yang dihubungkan ke satu ENTITI.
- Contoh-contoh ENTITI ialah pesakit, pelajar, pensyarah, kursus, negeri dan banyak lagi.
- Setiap baris dalam satu jadual A hanya dikaitkan dengan 1 baris lain di jadual B.
- Antara Jadual A dan Jadual B, setiap baris dalam Jadual A dikaitkan dengan barisan lain dalam Jadual B.
- Bilangan baris dalam Jadual A mesti sama dengan bilangan baris dalam Jadual B.
- Contoh : Entiti PELAJAR dengan Entiti KAD MATRIK. Seorang pelajar hanya mempunyai satu kad matrik.








CIRI-CIRI HUBUNGAN SATU KE BANYAK
- Satu ENTITI yang dihubungkan ke banyak ENTITI.
- Contoh-contoh ENTITI ialah pesakit, pelajar, pensyarah, kursus, negeri dan banyak lagi.
- Setiap baris dalam Jadual A dikaitkan dengan 1 atau banyak baris dalam Jadual B.
- Bilangan baris dalam Jadual A selalunya kurang daripada bilangan baris dalam Jadual B.
- Contoh : Entiti KELAS TD1013 dengan Entiti PELAJAR. Dalam satu kelas mempunyai ramai pelajar.





CIRI-CIRI HUBUNGAN BANYAK KE BANYAK

- Banyak ENTITI yang dihubungkan ke banyak ENTITI.
- Contoh-contoh ENTITI ialah pesakit, pelajar, pensyarah, kursus, negeri dan banyak lagi.
- Satu atau banyak baris dalam jadual A dikaitkan dengan 1 atau banyak baris dalam jadual B.
- Setiap baris dalam Jadual A dikaitkan dengan 1 atau banyak baris dalam Jadual B dan juga sebaliknya.
- Contoh : Entiti KURSUS DI UUM dengan Entiti PELAJAR.
- Kursus di UUM ada banyak dan setiap kursus mempunyai ramai pelajar.










No comments:

Post a Comment