Assalamualaikum Rakan-2 :)
Last week hari selasa kami student pengkalan data belajar tentang takrifan komputer , kebaikan atau kelebihan komputer bersama dgan Sir Azmi . Macam asal usul komputer gitu ^^
Komputer barasal dari perkataan 'compute' yang membawa maksud melakukan pengiraan .
Peralatan yang melakukan 3 perkara izitu menerima arahan input , memproses maklumat dan mengeluarkan data output akan dipanggil 'compute' .
Contoh peralatan yang memiliki ciri-ciri seperti ini :-
- Kalkulator
- Telefon bimbit
- Mesin air berbayar
Takrifan Komputer
Komputer ialah alat elektronik yamg dapat memproses data, menghasilkan maklumat dengan cepat dan mudah. Juga dapat menyimpan maklumat dan boleh membentang hasil maklumat dalam bentuk jadual , graf dan lain-lain. ia juga dapat memasukkan data (input) , proses kemudian menyatakan maklumat (output).
Kebaikan dan kelebihan penggunaan komputer :-
- Pemprosesan maklumat lebih cepat.
- Dapat menghubungi rakan dengan mudah.
- Banyak perkara penting yang boleh dicari dengan mudah dan senang.
- Dapat menghantar maklumat dengan mudah dan pantas.
Komputer mempunyai 4 bahagian untuk beroperasi
- Peranti input - Memasukkan data-data yang hendak diproses.
- Unit sistem asas - Tempat memproses data-data yang diterima.
- Unit Output - Memaparkan maklumat yang sudah diproses ke dalam bentuk yang mudah difahami.
- Sistem storan - Untuk menyimpan data atau maklumat.
Okay .. Sampai sini je :) Esok kami akan belajar tentang sejarah komputer . Sejarah seronok okay ^^
Terima kasih kerana membaca :P
Terima kasih kerana membaca :P
Byebyeee!
No comments:
Post a Comment