Wednesday, 9 July 2014

Relationship in Mircrosoft Access

Dalam relational database (access), data yang ada dalam jadual pertama mempunyai kaitan dengan dalam jadual lain. Dalam kata lain jadual mempunyai kaitan dalam satu daripada tiga cara berbeza :-

a) Satu-ke-satu (one-to-one)
b) Satu-ke-banyak (one-to-many)
c) Banyak-ke-banyak (many-to-many)

a) Dalam satu-ke-satu , setiap rekod dalam satu jadual mempunyai sekurang-kurangnya satu rekod berkatan dalam jadual yang lain. Setiap rekod di dalam jadual A hanya boleh mempunyai satu rekod yang sama sepadan dalam jadual B, dan setiap rekod dalam jadual B hanya boleh mempunyai satu rekod yang hampir sama dengan jadual A.

b) Hubungan satu- ke -banyak (one-to-many) ialah  jenis hubungan yang biasa. Dalam hubungan ini, satu rekod dalam data jadual A boleh mepunyai rekod yang sama banyak atau dihubungkan dengan lebih dari satu rekod data  dengan rekod dalam jadual B, tapi rekod di dalam jadual B Cuma ada satu rekod yang hampir sama dalam jadual A.

c) Lebih dari saru rekod data dalam jadual A dihubungkan dengan lebih dari satu rekod data pada jadual B. Rekod di dalam jadual B boleh mempunyai rekod yang hampir  sama banyak dalam jadual A.  Hubungan jenis ini cuma boleh dilakukan dengan menentukan jadual  C  iaitu jadual ketiga- (dipanggil jadual persimpangan). Hubungan jenis ini bermakna untuk setiap rekod dalam satu jadual.

Penentuan hubungan

Menentukan hubungan dengan menambah jadual yang berkaitan dengan Relationship Window, dan letak key field dariada satu jadual ke jadual dan kemudian letakkan ia di jadual lain.

Contoh :